Jom Lihat Apa Yang Menarik!!!
Latest Post
Showing posts with label Berita Semasa (Dalam Negara). Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa (Dalam Negara). Show all posts
11:13
Tonton Online Kau Aku Kita (2015) update episode 1-13 (complete episode)
Written By berita gempak terkini on Monday, 4 January 2016 | 11:13
Tonton Online Ada Apa Dekat Bus Stop (2015).
Sila klik pada perkataan Tonton Online di bawah ini untuk menonton online
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
11:12
Tonton Online Tersuka Tanpa Sengaja (2015) update episode 1-16 (complete episode)
Tonton Online Ada Apa Dekat Bus Stop (2015).
Sila klik pada perkataan Tonton Online di bawah ini untuk menonton online
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
11:11
Tonton Online Akulah Balqis (2015) update episode 1-24 (complete episode)
Tonton Online Ada Apa Dekat Bus Stop (2015).
Sila klik pada perkataan Tonton Online di bawah ini untuk menonton online
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
11:10
Tonton Online Cinta Si Wedding Planner (2015) update episode 1-3
Tonton Online Ada Apa Dekat Bus Stop (2015).
Sila klik pada perkataan Tonton Online di bawah ini untuk menonton online
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
11:07
Tonton Online Ada Apa Dekat Bus Stop (2015)
Tonton Online Ada Apa Dekat Bus Stop (2015).
Sila klik pada perkataan Tonton Online di bawah ini untuk menonton online
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
13:02
Sultan Johor Dapat Hadiah Kereta Mewah!!!
Written By berita gempak terkini on Thursday, 26 March 2015 | 13:02
Wowwwwww! Terkejut sebentar sebaik terpandang gambar sportscar mewah ini yang dikatakan adalah hadiah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar daripada Putera Charles.
Bukan calang-calang hadiah nampaknya. Ini kerana mengikut pasaran semasa, anggaran harga kereta berkenaan dicatatkan bernilai antara RM1.2 – RM1.4 juta bersamaan dengan (USD) $ 350,000 – $ 400,000.
Kalau nak tahu, BMW i8 ini mengambil masa lebih kurang 4.4 saat untuk memecut dari 0-100 km/h dan kelajuan maksimum 256km/h. Rasanya kalau kereta ni lalu sebelah kita di highway pun tak perasan sebab laju sangat.
Menurut Malaysian Digest, laman Facebook Brotherhood JOHOR telah berkongsi gambar kereta berkenaan yang bernombor pendaftaran GV64 FKW.
Difahamkan, kereta itu dihadiahkan bersempena dengan Kemahkotaan Sultan Ibrahim tempoh hari.
Bagaimanapun, foto berkenaan telahpun dipadam tidak berapa lama kemudian. Jika berita ini benar, pemberian berharga itu membuktikan hubungan rapat antara pemerintah Johor dengan kerabat diRaja Britain.
Sumber: Ohbulan
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
11:02
Kesan Minum Air Ketum!!!
Written By berita gempak terkini on Wednesday, 25 March 2015 | 11:02
Kesan dan akibat minum air daun ketum atau air biak. Di perlis di panggil daun biak, Banyak orang kampung ambil dan rebus minum air, Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.
“Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah,” katanya lagi.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.
Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.
Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.- BERNAMA
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
10:59
Diseret 50 Meter, Seorang Anggota Polis Maut!!!
Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dalam perjalanan pulang selepas bercuti maut akibat dilanggar dan diseret kira-kira 50 meter oleh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Kilometer 52.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini awal pagi semalam.
Difahamkan, semasa kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Mohd. Sahkirul Sulaiman, 29, yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut di sini dalam perjalanan pulang dari Perak selepas bercuti selama empat hari bagi mengadakan kenduri akikah anak keduanya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, apabila sampai di tempat kejadiaan pada kira-kira pukul 7 pagi, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC terlanggar seorang pejalan kaki di lorong kecemasan.
“Mangsa kemudiannya terpelanting ke tengah jalan dan pada masa yang sama sebuah kereta tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.
“Akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber : kosmo
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
10:48
MYTV Bakal Menjadi Pesaing Astro!!!
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.
Menurut sumber, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.
“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.
Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.
Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.
Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.
Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.
Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.
Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.
Sumber : viralla
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
08:24
Indahnya Hukum Hudud!!!
Written By berita gempak terkini on Tuesday, 24 March 2015 | 08:24
Hudud merupakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendidik dan sebagai peringatan kepada hamba-hamba-Nya. Isu untuk menjalankan hukum Allah di Malaysia ini sudah timbul sekian lama namun masih lagi menjadi perbincangan dalam kalangan pemimpin. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kerajaan Negeri Kelantan telah pun menyetujui untuk menjalankan hukuman hudud di negeri tersebut. Menurut pendapat yang dilontarkan oleh Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) iaitu Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan sosial masyarakat.
Katanya lagi, undang-undang hudud tidak harus dilihat dari segi hukuman berat semata-mata, sebaliknya ia perlu dinilai sebagai satu daripada cara untuk melahirkan masyarakat berdisiplin.
“Mereka yang takut kepada pelaksanaan undang-undang hudud disebabkan mereka hanya fokus kepada hukuman berat sahaja seperti hukum rejam, potong tangan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Beliau mengulas mengenai keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Semua 44 ahli dewan termasuk 31 ADUN PAS, semua 12 ADUN Barisan Nasional dan seorang daripada PKR menyokong pindaan rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Mahmood Zuhdi berkata, menurut Islam, masyarakat boleh dididik melalui dua perkara, iaitu memberi galakan, dan ancaman hukuman yang berat supaya mereka ‘takut’ untuk melakukan kesalahan.
“Sebagai contoh kesalahan mencuri, jika hanya seorang atau dua orang dipotong tangannya ia akan membuatkan masyarakat takut untuk mencuri, tidakkah ini membawa kebaikan dan keindahan daripada kita memenjarakan 600 orang. Kedua-duanya adalah hukuman tetapi perbezaannya mana satu yang boleh melahirkan kesan yang mendalam kepada masyarakat,” katanya.
Namun Mahmood Zuhdi menegaskan bahawa undang-undang hudud hanyalah sebagai kaedah tambahan untuk mendisiplinkan masyarakat setelah institusi sosial seperti ibu bapa, dan institusi pendidikan telah memainkan peranan membentuk karektor dan sahsiah seseorang.
Oleh itu, tegas beliau, undang-undang hudud tidak perlu ditakuti kerana ia perlu melalui proses penghakiman yang kompleks sebelum hukuman dijatuhi.
Katanya, terdapat beberapa kriteria utama yang diambil kira sebelum seseorang itu dijatuhi hukuman hudud atas kesalahan yang dilakukan.
“Sebelum menjatuhi undang-undang hudud, antara yang perlu diambil kira adalah cara didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, kawasan kejiranan, peranan para ulama, tempat beribadat dan institusi pendidikan perlu menjalankan fungsinya dengan betul mengikut ajaran Islam, barulah hukum itu terlaksana.
“Contohnya, sekiranya seseorang yang dituduh mencuri sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak bermoral maka undang-undang hudud tidak boleh dijatuhi ke atasnya,” katanya.
Ditanya mengenai sikap sesetengah orang Islam sendiri yang menolak undang-undang hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata golongan ini tidak harus dipersalahkan kerana pihak yang menolak undang-undang itu mempunyai kefahaman yang salah.
Maka, katanya, pendidikan dan penyebaran ilmu mengenai undang-undang ini perlu diperluaskan.
Mahmood Zuhdi turut menyarankan supaya pihak yang terlibat memperbaiki kehidupan masyarakat sebelum memperkenalkan undang-undang hudud.
“Pihak yang melaksanakan hukuman ini perlu memastikan kesejahteraan hidup masyarakat seperti tiada kemiskinan, tiada unsur-unsur lucah di kaca televisyen dan sebagainya yang perlu seiringan dengan pelaksanaan hukum tersebut,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyifatkan pelaksanaan hukum hudud sebagai langkah pencegahan untuk seseorang itu daripada melakukan kesalahan.
Katanya, sebagai bukti, pelaksanaan hukum hudud di zaman Rasullah S.A.W yang berjaya mengelakkan kesalahan seperti berzina, merompak dan minum arak berlaku.
“Dalam hukum hudud, ‘beban’ membuktikan sesuatu kesalahan adalah terlalu ketat dan sukar, jadi untuk membuktikan sesuatu yang sukar maka hukuman itu bukan bertujuan menghukum tetapi untuk mencegah orang daripada melakukannya, kerana bila masyarakat tengok hukuman itu berat mereka akan takut untuk melakukan kesalahan,” katanya.
Musa turut menambah pelbagai aspek dalam pelaksanaan hukum hudud yang perlu diambil kira seperti kewibawaan saksi, tatacara menentukan kesalahan, dan pihak mahkamah yang perlu arif dengan undang-undang hudud bagi mengelakkan undang-undang Islam itu dipandang serong.
Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber dipetik daripada BERNAMA.
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
08:13
Kisah Pemain Golf Tidak Hormat Azan!!!
Ini lanjutan darpada artikel penulis sebelum ini mengenai Golf di sini. Kali ini penulis mengaitkan pula Golf dengan Azan.
Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.
PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.
Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.
Marsyal itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.
Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.
“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.
“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.
Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.
Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.
“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”
Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.
Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).
Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.
“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.
Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway. Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.
Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”
Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’
Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.
Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”
Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.
Sumber: http://muhammadshahril97.blogspot.com/
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
10:38
Gadis Hina Hudud Tidak Berniat Mahu Hina Agama!!!
Written By berita gempak terkini on Monday, 23 March 2015 | 10:38
Penyampai stesen radio BFM yang dilanda kontroversi hudud Aisyah Tajuddin berkata beliau bertujuan mengkritik dasar PAS di Kelantan dan tidak berniat menghina Islam.
"Ia (video) menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosioekonomi rakyat Kelantan."
Bagaimanapun beliau tetap memohon maaf atas kemarahan dan reaksi negatif yang ditimbulkan daripada rakaman video tersebut.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina.
"Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatah lagi agama saya sendiri," tambahnya.
Dalam video berkenaan, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa kerajaan Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.
"Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat untuk isu yang penting," katanya dalam rakaman video sepanjang hampir dua minit itu.
Dengan sinis, Aisyah dalam video bertajuk “Hudud isi periuk nasi?” turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.
Video berkenaan yang ditonton oleh lebih 3,000 orang itu diterbitkan tidak lama selepas kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pelaksanaan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.
Sumber: http://muhammadshahril97.blogspot.com/
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
10:36
Gadis Bawah Umur Dirogol Bergilir-gilir!!!
Kes yang berlaku di kuala lumpur dimana seorang remaja perempuan dirogol lelaki yang baru dikenali bersama tiga lagi rakannya.
Media melaporkan, kejadian ini dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek berusia 21 tahun di Manir, dan di sebuah rumah kosong yang juga terletak di kampung sama.
Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan keluar bersama rakan lelakinya, 18 yang baru dikenali berusia pada kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.
Menurut Sinar Harian, mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan ketika berjumpa, suspek itu membawa mangsa ke rumah seorang lagi suspek.
Mangsa kemudian dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, pada kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.
Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang lagi suspek lain yang juga berusia 18 tahun.
Menurut mangsa, perbuatan itu telah dirakam dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah.
Menurut pihak polis, mangsa telah menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan lelakinya kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu yang mengugut mangsa agar keluar bersamanya lagi. Jika tidak, rakaman video perbuatan seks akan disebarkan dilaman sosial seperti Wechat dan WhatsApp.
Mangsa yang takut dengan ugutan suspek terpaksa keluar bersamanya dan dirogol rakan lelakinya bersama seorang lagi suspek berusia 16 tahun di lokasi sama awal pagi Jumaat lalu.
Apabila mangsa dihantar pulang kira-kira jam 3.30 pagi, mereka terserempak dengan abang mangsa.
Curiga dengan perbuatan adiknya, abang mangsa bertindak mengejar suspek berkenaan tetapi gagal menangkapnya.
Mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya dan keluarganya telah membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, polis berjaya menahan semua suspek pada kira – kira jam 1 hingga 3 petang, Jumaat lalu di sekitar Manir.
Suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol
Sumber: myinfo4u
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
10:29
Penyerahan Memorandum Bantahan GST!!!
Penyerahan Memorandum kepada Kastam oleh Gabungan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Ibu Pajabat Kastam di Kelana Jaya menjadi kecoh selepas pertengkaran berlaku di antara polis dan sekretariat Bantah GST.
Menurut sumber, keadaan pada tengahari Isnin masih tegang dengan rundingan masih diteruskan oleh kedua pihak.
"Hanya segelintir yang berada di dalam sementara yang lain berada di luar bangunan dan berteriak untuk masuk.
"Mereka mula berkumpul seawal 11 pagi dan lebih 100 anggota keselamatan sudah mula berkawal sejak pagi," kata sumber itu.
Memorandum itu sebelum ini difahamkan akan dihantar bersama beberapa soalan mengenai GST kepada pegawai Kastam.
Sebelum ini anggota gabungan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, memorandum itu merupakan usaha terakhir kerana bantahan rakyat untuk GST telah diabaikan oleh Putrajaya.
Sebuah portal melaporkan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata, sejarah akan menjadi lebih buruk seandainya rakyat gagal untuk menentang GST daripada dilaksaksanakan.
"Ini usaha terakhir kami untuk memberi signal rakyat masih belum bersedia untuk GST, kerajaan juga sebenarnya belum bersedia untuk pelaksanaannya," ujarnya.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April depan seperti yang telah diluluskan di Parlimen.
Kata kenyataan itu, GST dilihat sebagai satu langkah konsolidasi fiskal yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara dan sebarang penangguhan pelaksanaan GST akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia.
Sumber : astroawani
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
10:27
Kesan Mee Segera Terhadap Kesihatan!!!
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini sangat popular dan digemari di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.
Namun begitu sedarkah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat seandainya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.
Cuba anda bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG dan garam yang sangat tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.
Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG akan mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah individu tersebut mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terdapat dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu meningkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax (lilin) yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Jadi bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.
Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal. Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010. 10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan. - eberita
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
11:28
Kelebihan Lailatul Qadar
Written By berita gempak terkini on Sunday, 22 March 2015 | 11:28
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).
“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau menjawab: "Ucapkanlah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)
Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.
Wallahu a'lam. - lenggangkangkung
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
05:54
Berita ini berlaku di terengganu di mana bapa kepada seorang pesakit dilaporkan bertindak kasar terhadap seorang jururawat dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat kesihatan di bandar Jerteh.
Menurut laporan daripada portal, jururawat cantik itu bukan hanya dimaki hamun tetapi turut ditolak dan ditampar bapa kepada seorang pesakitnya.
Mangsa yang juga berusia 28 tahun dikhabarkan hidup dalam ketakutan selepas diugut akan ditetak seandainya membuat laporan polis.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, nurse yang bertugas di unit kecemasan menerima seorang pesakit iaitu bayi perempuan berusia empat bulan.
Jururawat terbabit telah diarahkan oleh doktor yang bertugas untuk memasukkan intarvaneous dan mengambil spesismen darah.
Namun sebaik selesai sahaja urusan, bapa pesakit tiba-tiba menjerit dan memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Bukan itu saja, bapa pesakit kemudiannya mengarahkan mangsa membuka segala peralatan yang dipasang sambil memaklumkan dia tidak boleh melihat anaknya diperlakukan sedemikian.
Sumber: myinfo4u
Jururawat Cun DiTampar!!!
Written By berita gempak terkini on Saturday, 21 March 2015 | 05:54
![]() |
| Gambar Hiasan |
Berita ini berlaku di terengganu di mana bapa kepada seorang pesakit dilaporkan bertindak kasar terhadap seorang jururawat dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat kesihatan di bandar Jerteh.
Menurut laporan daripada portal, jururawat cantik itu bukan hanya dimaki hamun tetapi turut ditolak dan ditampar bapa kepada seorang pesakitnya.
Mangsa yang juga berusia 28 tahun dikhabarkan hidup dalam ketakutan selepas diugut akan ditetak seandainya membuat laporan polis.
Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, nurse yang bertugas di unit kecemasan menerima seorang pesakit iaitu bayi perempuan berusia empat bulan.
Jururawat terbabit telah diarahkan oleh doktor yang bertugas untuk memasukkan intarvaneous dan mengambil spesismen darah.
Namun sebaik selesai sahaja urusan, bapa pesakit tiba-tiba menjerit dan memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Bukan itu saja, bapa pesakit kemudiannya mengarahkan mangsa membuka segala peralatan yang dipasang sambil memaklumkan dia tidak boleh melihat anaknya diperlakukan sedemikian.
Sumber: myinfo4u
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
05:43
Kenapa Lelaki Sukakan Wanita Kurus???
Sudah menjadi kelaziman, rata-rata kaum lelaki amat mengemari wanita yang bertubuh kurus dan seksi..Hal ini mungkin dipengaruhi oleh model iklan dan artis-artis wanita yang mempunyai bentuk badan kurus dan mengiurkan yang sering membuatkan lelaki sering berfantasi mengenai mereka..Menurut sebuah kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, telah terbukti bahawa sebahagian besar kaum lelaki suka pada wanita berbadan kurus dan dibawah ini merupakan alasan mereka..
1. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi
Ketika anda melihat bahagian pinggang ke pinggul, seorang wanita yang kurus akan kelihatan mempunyai rupa ukuran badan (curve) yang sempurna. Semakin sempurna ukuran bentuk badan mereka, mereka akan terlihat lebih seksi.
2. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Seksi Dalam Soal Berpakaian.
Wanita berbadan kurus akan kelihatan seksi dan mempunyai daya tarikan sensual yang kuat sekiranya mereka mengenakan pakaian yang sesuai. Kaum lelaki suka berdampingan dengan wanita kurus sekiranya wanita tersebut mempunyai payudara yang besar dan mempunyai pinggang yang kecil.
3. Wanita Kurus Mudah Untuk Diangkat
Kaum lelaki merasakan wanita berbadan kurus lebih mudah untuk diangkat atau didukung. Ini merupakan salah satu alasan utama kaum lelaki mengapa mereka lebih sukakan wanita kurus, berbanding wanita gemuk.
4. Wanita Kurus Kelihatan Lebih Langsing.
Terdapat garis perbezaan antara kurus dan langsing. Wanita yang kurus mempunyai berat badan yang kurang untuk mempamerkan aset mereka seperti payudara dan punggung, manakala, wanita yang langsing mempunyai badan yang sihat dan memiliki ukuran badan yang sempurna seperti seorang model.
5. Wanita Kurus Lebih Fleksibel Di Tempat Tidur.
Wanita kurus dan langsing mudah di atur ditempat tidur berbanding wanita gemuk. Jika anda inginkan wanita anda nampak mengancam di tempat tidur, cari lah wanita yang berbadan kurus.
p/s: Setuju ke korang dengan alasan-alasan tersebut?
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
05:41
Tanda - Tanda Dicintai Oleh Jin Betina!!!
Sekadar perkongsian untuk semua. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.
Adalah sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
05:40
Aisyah Di bela Oleh Bapanya!!!
Bapa Aisyah sedih kerana anaknya diancam diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini.
Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita? Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita?
Di mana budaya ini datang? Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita? Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu?
Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?
Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan?
Apa sudah jadi? Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini. Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem ‘Terminator’ yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.
Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, “Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan”.
Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini. Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.
Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri. Dengan kejadian ini, saya bertanya sekali lagi kepada rakyat Malaysia… selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini?
Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?
Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu.
Prof Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi adalah bekas pensyarah UTM.
Sumber: Kakiberita
Labels:
Berita Semasa (Dalam Negara)
Berita Semasa (Luar Negara)
Berita Semasa (Luar Negara)
Politik
Politik









.jpg)














