Home » » Pelajar Tingkatan 6 Dibenarkan Memakai Baju Biasa Ke Sekolah!!!

Pelajar Tingkatan 6 Dibenarkan Memakai Baju Biasa Ke Sekolah!!!

Written By berita gempak terkini on Friday 20 March 2015 | 11:34



Pelajar Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian (biasa) kasual atau tradisional ke sekolah mulai tahun 2015.

Perkara berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu pada musim persekolahan akan datang dan juga perlaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan 6

Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam ia telah diluluskan oleh kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2014
Ia sejajar dengan sisitem pendidikan prauniversiti seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Bagaimanapun pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak kementerian yang dihebahkan melalui siaran media seperti berikut

PELAJAR LELAKI

- Dibenarkan pakai Baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau --- rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
- Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat
- Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan
- Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter
- Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim
- Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking
- Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
- Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan     panjang atau pendek

PELAJAR PEREMPUAN

- Baju kurung atau pakaian tradisional
- Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt           yang melebihi paras lutut
- Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan
- Pakaian ketat juga tidak dibenarkan
- Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki
- Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
- Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan     panjang atau pendek

SUMBER - MYSUMBER


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger