Home » » Wanita Bersalin Selepas 3 Hari Disahkan Mengandung!!!

Wanita Bersalin Selepas 3 Hari Disahkan Mengandung!!!

Written By berita gempak terkini on Friday 20 March 2015 | 11:36



“Mustahil…tak mungkin dan menipu.” Itu antara tomahan diterima Zaidatun Akmam Azmi, 26, sebaik memberitahu ahli keluarganya mengenai kandungan yang berusia 39 minggu. Berita mengenai kandungan itu bukan tidak diterima oleh keluarganya, tetapi mereka terkejut kerana sebelum ini Zaidatun Akmam bukan saja tidak bercerita pasal kandungannya, malah langsung tidak pernah menunjukkan perubahan atau tanda-tanda yang dirinya mengandung.

Lebih sukar diterima akal yang waras, apabila Zaidatun Akmam memberitahu, beliau sendiri tidak sedar selama ini dirinya mengandung dan hanya mengetahuinya apabila kandungan mencecah sembilan bulan. Padahal, ia bukanlah pengalaman kali pertama beliau menimang cahaya mata. Lebih mengejutkan, selang tiga hari daripada disahkan mengandung oleh pihak hospital, wanita itu terus bersalin.

Zaidatun Akmam atau lebih mesra dengan panggilan Zai berkata, beliau tidak sedar perubahan fizikal dirinya kerana sememangnya berbadan besar dan tinggi serta mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. -BH

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger