Home » » Cicak Purba ditemuai Di Taman Negara!!!

Cicak Purba ditemuai Di Taman Negara!!!

Written By berita gempak terkini on Wednesday 25 March 2015 | 10:57



Seorang renjer di sebuah taman negara di selatan China, berjaya menangkap seekor haiwan purba menyerupai cicak salamander yang dikategorikan sebagai haiwan amfibia tertua yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal sejak kira-kira 170 juta tahun lalu. Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xioa, 35, menemukan cicak gergasi berukuran 83 sentimeter panjang dan seberat 5.5 kilogram itu berenang di sebatang sungai di bandar Heyuan, wilayah Guangdong, baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas menyimpan salamander itu buat seketika dalam tangki air, Xiao melepaskan haiwan amfibia itu semula ke dalam air sambil disaksikan sejumlah pelancong yang teruja melihat binatang gergasi tersebut. Menurut laporan portal berita People’s Daily, Salamander disenarai sebagai antara spesies haiwan tertua yang masih hidup pada zaman ini dan tidak mengalami banyak perubahan sejak zaman dinasour.

Haiwan itu juga disenarai sebagai spesies paling terancam dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Hidupan Liar (ICUN) dan dilindungi di China, selain mampu membesar sehingga 1.8 meter panjang dan mencapai berat lebih 50 kilogram. Walaupun diletakkan sebagai spesies terancam, salamander masih menjadi buruan golongan kaya di China ekoran kepercayaan bahawa khasiat daging haiwan itu yang boleh mengurangkan ketuaan.

Awal tahun ini, sejumlah pegawai kerajaan China disiasat berhubung laporan yang mendakwa mereka makan seekor salamander gergasi yang dihidangkan di sebuah jamuan mewah di Shenzen. Mengikut undang-undang China, kesalahan memakan spesies terancam boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun. -AP

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger