Home » » Lana Nordin Umum Tarikh Perkahwinan!!!

Lana Nordin Umum Tarikh Perkahwinan!!!

Written By berita gempak terkini on Wednesday 25 March 2015 | 10:51



Aktres yang pernah mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia, Mazlina Hasan Nodin atau lebih dikenali dengan nama Lana Nodin akan melangsungkan perkahwinan dengan David McKienzie pada 15 Mei ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

McKienzie yang juga atlet skuad bola tampar Olimpik Amerika Syarikat 2012 mula dikenali Lana sejak 26 Oktober tahun lalu dan memeluk Islam pada 5 Disember 2014 menggunakan nama Mohd Daud Mckienzie.

Majlis berinai akan diadakan sehari sebelum pernikahan berlangsung dan diadakan di hotel yang sama. Pasangan ini akan bersanding pada sebelah malam hari yang sama pernikahan berlangsung. “Saya harap semua perancangan akan berjalan lancar,” kata Lana.

Pengumuman majlis perkahwinan pasangan ini diadakan sebentar tadi di Urban Restaurant, Hotel Istana.Pegawai seranta Bill Bora bertindak sebagai perunding perkahwinan majlis mereka. -BH

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger