Home » » Kesan Minum Air Ketum!!!

Kesan Minum Air Ketum!!!

Written By berita gempak terkini on Wednesday 25 March 2015 | 11:02



Kesan dan akibat minum air daun ketum atau air biak. Di perlis di panggil daun biak, Banyak orang kampung ambil dan rebus minum air, Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

“Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah,” katanya lagi.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.

Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.- BERNAMA

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger