Home » » Warga Emas Maut Dikelar!!!

Warga Emas Maut Dikelar!!!

Written By berita gempak terkini on Wednesday 11 February 2015 | 04:21



Ipoh - Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dipercayai dikelar dileher oleh penjenayah yang memecah masuk rumah dan menyamunnya di Taman Emas di sini pagi tadi.

Kejadian disedari anak lelakinya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 3 pagi.

Difahamkan, anak mangsa yang terkejut melihat keadaan ibunya menangis sekuat hati hingga menyebabkan jiran turut menyedari kejadian itu dan datang ke rumah mereka.

Jiran mangsa mendakwa melihat mayat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas lantai dalam rumah dan bertekup dengan bantal.

Difahamkan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat. – BH Online

Sumber : mynewshub.cc

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger