Home » » Penyeludupan Dadah Ala Nasi Kandar Di Tumpaskan!!!

Penyeludupan Dadah Ala Nasi Kandar Di Tumpaskan!!!

Written By berita gempak terkini on Tuesday 10 February 2015 | 07:06



Dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman pada 1.30 petang itu, sejumlah 152.3 kilogram heroin dirampas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM 5 juta.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siastan lanjut.

“Semua suspek berusia 35 hingga 57 tahun dan kita turut merampas lima kereta serta motosikal milik suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar sebelum ia diedarkan dipercayai untuk mengaburi mata polis.





Sumber: myMetro Online
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger