Home » » Gadis Dirogol Ataupun Suka Sama Suka???

Gadis Dirogol Ataupun Suka Sama Suka???

Written By berita gempak terkini on Friday 13 February 2015 | 08:23



GADIS 14 TAHUN DIROGOL ATAU SUKA SAMA SUKA?- Seorang penganggur diberkas polis kerana disyaki merogol seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini.

Tangkapan ke atas suspek yang berusia 23 tahun yang juga seorang duda dilakukan sekitar jam 5 petang kelmarin di sebuah rumah di RPR Batu 6, Jalan Pujut-Lutong di sini.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat sepasukan polis peronda dengan dipandu arah bapa mangsa pergi ke sebuah rumah di Kampung RPR Batu 6, Jalan Pujut-Lutong untuk menangkap suspek.

Bapa mangsa yang dimaklumkan oleh bapa suspek tentang mangsa yang berada di rumahnya, telah pergi ke rumah tersebut untuk menjemput anaknya namun dihalang suspek.

Berikutan itu, bapa mangsa terpaksa meminta bantuan polis untuk mengambil anaknya dari rumah suspek.

Sebaik tiba di rumah, mangsa memberitahu ayahnya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan suspek yang merupakan kekasihnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek.

Katanya suspek dan mangsa merupakan pasangan kekasih dan berkenalan melalui laman sosial ‘wechat’ sejak lima hari sebelum tangkapan dibuat.

“Modus operandi suspek adalah menggunakan ‘wechat’ untuk berkenalan dengan mangsa dan kemudiannya membawa suspek balik ke rumah,” katanya.

Menurut Gan, suspek ditangkap untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Sumber: http://www.myinfo4u.net/

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger