Home » » Laman Web MAS Airlines Digodam!!!

Laman Web MAS Airlines Digodam!!!

Written By berita gempak terkini on Monday 26 January 2015 | 04:34



Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan sistem domain laman webnya digodam dengan pengguna diarahkan semula ke laman web penggodam apabila pengguna mengakses laman web tersebut.

Pada pagi Isnin, laman web syarikat penerbangan itu telah digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Cyber Caliphate”. “Pada peringkat ini, laman web MAS tidak terjejas. “Syarikat ini telah menyelesaikan isu tersebut dengan pembekal perkhidmatan dan sistem dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 22 jam,” kata MAS dalam satu kenyataan. 

MAS telah melaporkan isu tersebut kepada CyberSecurity Malaysia dan Menteri Pengangkutan berhubung perkara itu. Syarikat tersebut turut memberi jaminan kepada pelanggan dan kliennya bahawa gangguan tersebut hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan tempahan mereka dan data pengguna adalah selamat. 

Nama lain yang disenaraikan dalam laman web itu adalah Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE dan HENRY BLAIR STRATER. Sehingga pukul 11 pagi, beberapa pengguna boleh mengakses laman web itu manakala ada pengguna yang masih melihat versi laman web yang digodam tersebut. Beberapa pengguna muddah alih cuba untuk mengakses laman web itu tetapi berdepan masalah Error 521. Laman Web MAS Digodam Oleh Cyber Caliphate.

Semoga pihak MAS dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin agar tidak menjejaskan sebarang operasi yang berkemungkinan akan mengganggu kelancaran perjalanan MAS itu sendiri. Sudah pasti semuanya akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. 

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger