Home » » Pahang Juara Piala Malaysia 2014...Taniah!!!

Pahang Juara Piala Malaysia 2014...Taniah!!!

Written By berita gempak terkini on Saturday 1 November 2014 | 11:14



Tahniah diucapkan kepada skuad Tok Gajah Pahang kerana telah berjaya menjadi juara Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut. Sang Juara pada tahun 2013 itu sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ternyata tuah sememangnya milik skuad Tok Gajah Pahang pada malam ini. Walaupun pada suatu masa mereka kelihatan begitu tertekan dengan bermain dengan 10 pemain setelah seorang pemain mereka iaitu Saiful Nizam Miswan dikenakan kad merah dan dibuang padang. Namun atas semangat yang begitu tinggi mereka berjaya mengekang pemain-pemain JDT.

Peluang yang dimiliki oleh skuad Harimau Selatan JDT sebenarnya sangat banyak di hadapan gol Pahang, namun gerakan penyudah yang tidak begitu tepat menjadikan semua peluang itu sia-sia. Pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan iaitu Pahang dan JDT kerana telah mempamerkan suatu mutu permainan yang sangat tinggi. Tok Gajah Pahang Juara Piala Malaysia 2014.
Pujian juga harus diberikan kepada semua peminat dan penyokong yang telah hadir ke Stadium Bukit Jalil pada malam ini kerana berjaya mengawal tindakan mereka. Tiada langsung sebarang provokasi yang dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan menjadikan keadaan stadium begitu aman dan tenteram. Tahniah kepada penyokong Pahang dan JDT atas semangat kesukanan yang tinggi.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada seluruh pemain pasukan Tok Gajah Pahang serta ketua jurulatihnya iaitu Zainal Abidin Hassan kerana telah bergelar juara mutlak Piala Malaysia 2014. Itulah yang dikatakan semangat Tok Gajah yang terus berjuang sehingga ke titisan terakhir. Tahniah atas semangat tinggi yang ditunjukkan sepanjang musim Piala Malaysia 2014. Tok Gajah Pahang Juara Piala Malaysia 2014.

Ternyata kemenangan ini telah disambut dengan begitu meriah oleh peminat dan penyokong Pahang. Mereka kelihatan begitu gembira tatkala gol terakhir telah disempurnakan dengan begitu baik setelah Norshahrul Idlan Talaha Matyo gagal menyempurnakan sepakan penalti buat JDT. Matyo ternyata begitu kecewa dan menitiskan air mata setelah tendangan beliau diselamatkan oleh penjaga gol pahang.


Sumber: cikguazli

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger