Home » » Mamat Khalid di Masukkan ke Hospital!!!

Mamat Khalid di Masukkan ke Hospital!!!

Written By berita gempak terkini on Saturday 1 November 2014 | 11:18



Pengarah filem, Mamat Khalid, 51, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah yang tersumbat di jantung di Pusat Perubatan Assunta, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50, doktor masih membuat pemerhatian terhadap keadaan pengarah itu di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas pembedahan tersebut. "Pagi tadi selepas tekanan darah tinggi Abang Mamat turun, doktor telah buat pembedahan kecil untuk membuka saluran darah yang tersumbat itu dan sekarang masih dalam pemantauan lagi. "Namun keadaan dia semakin baik dan doktor beritahu mungkin dalam dua hari dia sudah boleh keluar," ujarnya ketika dihubungi pada Sabtu. Semoga Cepat Sembuh Abang Mamat Khalid. 
Semoga Cepat Sembuh Abang Mamat Khalid

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke Pusat Perubatan Assunta pada pagi Jumaat, selepas mengadu sakit dada. Semoga Cepat Sembuh Abang Mamat Khalid.


Sumber: i-hiburan

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger