Home » » Kemalangan Di Lebuhraya Elite Korbankan 2 Nyawa!!!

Kemalangan Di Lebuhraya Elite Korbankan 2 Nyawa!!!

Written By berita gempak terkini on Tuesday 4 November 2014 | 20:34



SERDANG: Dua maut dalam kemalangan di Kilometer 12.7 Lebuhraya Elite dari arah Putrajaya menghala ke USJ, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku 4.30 pagi tadi, treler yang dinaiki kedua- dua mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke dalam curam di tepi lebuh raya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Rusni Ali ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.45 pagi sebelum mengerahkan 13 anggota ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Katanya, kejadian berlaku selepas pemandu treler dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok dan merempuh penghadang jalan sebelum terbabas.

"Operasi mengambil masa agak lama bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia," katanya.

Mayat ke dua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


Sumber: mediaawani

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger