Home » » Ibu Jual Dadah Bawa Anak!!!

Ibu Jual Dadah Bawa Anak!!!

Written By Anonymous on Friday 10 January 2014 | 08:44

Ibu Bawa Anak Empat Tahun Beli Dadah


Seorang ibu yang membawa anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai untuk membeli dadah merupakan antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Tapis di Kampung Pinang B, Batang Tiga di sini, Rabu
.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata wanita berusia 25 tahun yang tidak bekerja itu menaiki motosikal bersama anaknya ke ladang kelapa sawit tersebut bagi membeli bekalan dadah jenis heroin untuk dirinya.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 57 tahun dipercayai penagih dadah turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk siasatan lanjut.

“Tiga lelaki berusia 30-an dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan dalam operasi selama lapan jam bermula 5 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya polis turut merampas satu tiub dan lima paket dadah dipercayai jenis heroin daripada pengedar tersebut.

Salehhudin berkata siasatan awal mendapati dadah dalam tiub dijual dengan harga antara RM20 dan RM30 manakala RM150 bagi dalam dalam paket.

Menurut beliau, kawasan ladang kelapa sawit berkenaan menjadi pusat urusan jual beli dadah jenis heroin bagi penduduk di sekitar Batang Tiga, Tanjung Kling dan Sungai Udang, sejak tiga bulan lepas. BERNAMA

Sumber : Mstar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger