Home » » Tanda-Tanda Orang Tidak Jujur

Tanda-Tanda Orang Tidak Jujur

Written By Anonymous on Wednesday 11 December 2013 | 14:14

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg33SRUQ6yWsFYMBqGS0AmSkr-rSw0W8ssZDVGGmZPBrcuGpYVnYPCcnf9JnkaRlWrU4FJJpU9qTkhyo86mLltfwDaeCeCy1nV7XvxYjBDYOlL50cpWBttIu6PtColv56iy5pA5zRa46T3/s1600/184_Gambar+Anak+berbohong.JPG


10 Tanda-Tanda Orang Yang Tidak Jujur

Dalam kehidupan kita pastinya kita akan berjumpa pelbagai ragam dan jenis manusia. Ada yang jujur, betul bendul dan ada juga yang tidak jujur atau penipu. Secara luaran mungkin kita tak dapat mengenal pasti samada seseorang itu bercakap benar atau berbohong. Cuma kita terbaca ada 10 tanda-tanda yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal pasti samada seseorang itu jujur atau berbohong. 10 tanda-tanda tersebut adalah:

1. Dia akan mengaru-garukan hidungnya seolah-olah gatal sewaktu bercakap. (Sebenarnya tak pun)
2. Dia akan menarik-menarik telinganya tanpa sebab atau menggaru-garu belakang telinganya walaupun tak gatal.
3. Dia akan menutup mulut dengan jari.
4. Dia enggan bertentang mata. Samada beliau tunduk atau matanya melilau-lilau tak ketahuan atau dia mungkin memandang dengan sudut mata.
5. Badannya condong samada ke kanan atau kekiri.
6. Dia menyilang kaki.
7. Dia berpeluk tubuh.
8. Dia menyembunyikan tangan dalam saku.
9. Dia menyembunyikan tangan kebelakang.
10. Jari-jarinya disilangkan.

Agak-agaknya betul tak? Kita pun tak pasti cuma ada beberapa tanda yang kita rasa memang betul. Ianya hanya panduan aje pun. Tak semestinya betul 100% kan.

Sumber: http://myblogsantai.blogspot.com
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger