Home » » Safee Sali Sah Bergelar Suami..

Safee Sali Sah Bergelar Suami..

Written By Anonymous on Saturday 21 December 2013 | 02:31



Mohd Safee Sali menamatkan zaman duda selepas dinikahkan dengan gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha, di Indonesia pagi tadi.

"Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan. "Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak," kata pentadbir laman FB rasminya yang disiarkan tengah hari tadi.

Selepas selesai majlis perkahwinan di pihak perempuan, pemain berusia 29 tahun yang dipinjamkan daripada kelab Pelita Jaya ke Johor Darul Takzim (JDT) tahun lalu dan kekal beraksi dengan kelab Liga Super itu untuk musim ini dijangka mengadakan majlis perkahwinan di pihak lelaki pada 28 Disember ini di Bidor, Perak. - Lapor Mymetro.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger