Home » » Bunuh Diri Kerana Gagal Pembedahan Alat Kelamin!!!

Bunuh Diri Kerana Gagal Pembedahan Alat Kelamin!!!

Written By Anonymous on Thursday 19 December 2013 | 05:13



Belgium, ada satu kes sedih tentang pembedahan kelamin ini. Seorang transeksual bernama Nathan Verhelst memilih mengakhiri hidupnya kerana merasa pembedahan kelaminnya gagal membuatnya menjadi lelaki.

Nathan Verhelst dilahir sebagai wanita dengan nama Nancy. Dia selalu merasa berbeza dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi lelaki. Semenjak tahun 2009, dia memutuskan untuk menjalani terapi hormon yang akan mengubahnya menjadi lelaki. Namun pembedahan itu tidak berhasil. Dia mengalami sakit yang luar biasa pada bahagian dada dan alat kelaminnya tidak terbentuk secara sempurna. Dia merasa menjadi raksasa kerana pekara ini.

Nathan yang putus asa akhirnya memilih untuk menamatkan hidupnya dengan melakukan suntikan euthanasia. Proses bunuh diri dengan suntikan mati ini memang menjadi undang-undang yang legal di Belgium. Seorang doktor dipilih oleh Nathan kerana memang pernah melakukan pekara yang sama terhadap seorang kembar yang menderita kanser. Doktor tersebut mengabulkan permintaan Nathan.

Nathan menghembuskan nafas terakhirnya di tangan doktor dengan pilihan suntikan mati tersebut.
Suntikan mati ini memang menjadi pekara yang masih kontroversi di Belgium. Beberapa orang menyetujui hal ini, namun banyak juga yang menentangnya kerana seperti membenarkan bunuh diri. Terlepas dari itu semua, setiap perbuatan memang mempunyai kesan sendiri yang harus kita pertanggung jawabkan.






Sumber: http://dairishare.blogspot.com
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger