“Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya. “Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 8.30 malam Khamis. Ikuti kisah lanjut Adi Putra Lega, Kes Skandal Dengan Isteri Orang Gugur di mStar.
Adi Putra turut ditemani isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof, 38, dan juga tiga orang peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir bagi membuktikan dia tidak bersalah. Pada September lalu Adi Putra didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Dulu Adiputra pernah juga digosipkan dengan Nora Danish adi putra aida dan nora danish.
Dalam perkembangan sama, Adi berkata, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai, Adi Putra tidak bersalah. Bagaimanapun kata Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah. Tiada lagi keraguan Adi Putra Tidak Bersalah Kes Skandal Dengan Isteri Orang.
Sumber: http://www.puteraduyong.com