Home » » Malaysia Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013

Malaysia Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013

Written By Anonymous on Thursday 12 December 2013 | 11:16

Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013


Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013. Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan melakar sejarah selepas mara ke peringkat separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013. Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu menewaskan Korea Selatan 2-1 pada perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India, Khamis.

Kedua-dua jaringan gol Malaysia dihasilkan Shahril Saabah melalui jaringan padang pada minit ke-18 dan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-62. Gol tunggal Korea Selatan pula dihasilkan Anda Seungju seminit sebelum tamat separuh masa pertama. Ikuti kisah lanjut Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013 di mStar.

Misi skuad hoki remaja kita hanyalah untuk berada di kelompok enam terbaik, namun kini mereka telah berjaya menjadi empat yang terbaik. Tahniah diucapkan kepada jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah kerana telah berjaya membimbing mereka. Tahniah yang tidak terhingga buat pemain hoki remaja Malaysia kerana telah menunjukkan kesungguhan membawa semangat harimau. Sebelum ini Malaysia Belasah England 4-2 Hoki Piala Dunia Remaja 2013.

Malaysia dijadual bertemu Peranchis yang menewaskan Belgium 5-4, pada perlawanan separuh akhir, Jumaat. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia Remaja ialah pada 1985 di Vancouver, Kanada. Sekalung ucapan tahniah kepada skuad hoki remaja malaysia kerana berjaya membawa Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013.


Sumber: http://www.puteraduyong.com
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger