Semasa majlis pernikahan Linda Onn, 36, berlangsung, pihak media yang hadir difahamkan tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video. Majlis pernikahan tersebut juga dilakukan secara tertutup dengan kehadiran media yang rapat dengannya sahaja.
Tidak pasti kenapa Linda Onn mengambil langkah berkenaan. Namun apa salahnya kita berfikiran positif kemungkinan Linda bakal memperkenalkan suaminya itu dalam satu majlis khas atau ada kejutan untuk semua peminat dan media selepas ini.
Apapun ia terpulang kepada Linda kerana itu hak beliau dan suami. Cuma sekiranya timbul cerita negatif mengenai dirinya jangan pula melenting kerana menghebahkan perkahwinan amatlah diperlukan untuk mengelakkan fitnah.
Walaubagaimanapun, Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia…
Sumber: ammboi.com