Akibat banjir yang semakin teruk dan berlarutan, beberapa jalan telah ditutup di tiga buah negeri iaitu Johor, Pahang dan Terengganu. Jalan ini terpaksa ditutup kerana paras air berada pada tahap yang membimbangkan dan berlakunya kejadian tanah runtuh dibeberapa tempat.
Sehingga hari ini lebih kurang 20,000 penduduk dipindahkan ke tempat penempatan sementara manakala banyak jalan ditutup kerana paras air yang membimbangkan dan berlakunya kejadian tanah runtuh dibeberapa tempat. Berikut adalah senarai beberapa jalan yang ditutup:-