Home » » Pemuda Disambar Buaya Ketika Sedang Asyik Memetik Buah!!!

Pemuda Disambar Buaya Ketika Sedang Asyik Memetik Buah!!!

Written By berita gempak terkini on Wednesday 15 April 2015 | 15:08



Ngeri disambar buaya secara tiba-tiba, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikhuatiri maut dibaham buaya ketika mencari buah pedada di Kampung Babu Ulu, Betong (Thailand) hari ini.

Mangsa Bob Denok, 31 tahun dikatakan dibaham buaya sepanjang kira-kira lima meter sebelum reptilia itu melambung jasadnya ke kawasan sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Betong berkata, mengikut keterangan dua rakan bersama mangsa ketika kejadian, mereka bertiga berenang di sungai berhampiran Kampung Babu Ulu untuk memetik buah pedada.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa berada dalam sungai manakala dua rakannya memanjat pokok untuk memetik buah berkenaan.

Ketika asyik memetik buah, mangsa secara tiba-tiba disambar buaya sebelum ditarik tengah sungai. Rakannya sempat mendengar mangsa menjerit meminta pertolongan.

Namun mereka tidak berani menolong sebaliknya berlari meminta pertolongan penduduk kampung terbabit. Penduduk kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian ini.


Sumber: tetamu89

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger