Di India anda akan menemui jagung dalam keadaan berwarna-warni tidak seperti jagung lain yang berwarna kuning. Namun begitu, jagung ini mempunya isi yang tebal dan liat serta rasa isi yang tidak begitu manis.
Kebiasaannya kita hanya dapat melihat jagung yang mempunyai isi berwarna kuning. Namun persepsi itu boleh diubah apabila kita bertandang ke India.
Hal ini kerana jagung ini dapat ditemui di India dengan nama “Indian Corn”. Ia dapat dimakan seperti jagung biasa iaitu dengan direbus. Namun, isinya lebih tebal dan liat dan ia juga tidak begitu manis berbanding dengan jagung biasa. Jagung ini biasanya dijadikan popcorn atau sebagai hiasan.