Home » » Dari Pengacara Menjadi Usahawan!!!

Dari Pengacara Menjadi Usahawan!!!

Written By Anonymous on Saturday 1 February 2014 | 23:01

Bekas pengacara jadi usahawan


“SAKSIKAN wacana menarik minggu ini.”. Jika anda peminat setia rancangan Nona yang bersiaran di TV3 sekitar tahun 1997 dan 1998, pastinya anda sering mendengar ungkapan tersebut.

Manakan tidak, pengacara Nona pada waktu itu, seorang gadis cantik dan lembut suaranya kerap menggunakan ayat tersebut setiap kali rancangan itu disiarkan di kaca televisyen.

Kini, 15 tahun sudah berlalu dan wajah gadis manis itu sekarang tidak lagi kelihatan di kaca televisyen kerana beliau mengambil keputusan untuk berhenti terlibat dengan dunia penyiaran pada 1999.

Wanita tersebut, Radziah Mohamed Kamal, 41, kini sibuk menguruskan perniagaannya bersama suami tercinta, Esam Yamsara, 44, di rumah mereka yang terletak di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar, Perak.


Pengorbanan berbalas

Pengalaman bekerja di stesen televisyen tersebut tidak mungkin boleh dilupakan kerana ia tidak diperoleh di tempat lain.

Saya menganggap TV3 sebagai ‘kekasih’, namun terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan 'kekasih' saya itu pada penghujung tahun 1999 kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

Selepas menjadi pengacara Nona, saya diberi peluang untuk menjadi pengacara Wanita Hari Ini (WHI) dan bersama rakan pada waktu itu merupakan pengacara pertama WHI.

Masa itu pun, anak sulung saya sudah berumur setahun lebih. Seawal 6 pagi saya terpaksa bergerak ke tempat kerja kerana perlu bersedia untuk rancangan tersebut. Jadi, suami terpaksa menguruskan anak sulung saya pada masa itu.

Suami pun selalu terlambat pergi kerja kerana perlu menguruskan anak sedangkan dia merupakan seorang pengarah dalam sebuah syarikat swasta. Bila fikir-fikir balik dan rasa kasihan kepada suami, saya mengambil keputusan untuk berhenti.

Dalam umur yang masih muda, ditambah pula keputusan untuk berhenti kerja, pastinya ia dilihat suatu yang merugikan namun saya tekad dengan keputusan itu.

Saya kemudian berpindah ke Kuala Kangsar. Jiwa ingin kembali ke pangkuan ibu, membuatkan saya nekad untuk pulang ke kampung, ditambah lagi kedudukan saya sebagai anak bongsu.

Bila terkenang kembali perjalanan hidup saya sebagai pengacara, memang tidak dapat dinafikan timbul rasa kesal kerana meninggalkan ‘kekasih’.

Memang diakui agak berat untuk meninggalkan kerjaya itu kerana 1999 merupakan tahun kemuncak bagi diri dan kerjaya saya.

Tetapi bila lihat pada anak-anak yang membesar depan mata, saya rasa pengorbanan besar yang saya lakukan itu berbaloi. Saya meninggalkan satu pekerjaan yang baik untuk pekerjaan yang lebih baik.

Saya kini boleh berbangga dengan pencapaian anak-anak kerana yang sulung, Essafina Esam, 15, pernah menjadi Johan Qariah Perak pada tahun 2010 dan 2011, malah anak kedua, Muhammad Izzanni, 13, kini merupakan qari untuk negeri Perak.

Saya bersyukur kerana makcik saya seorang ustazah dan beliaulah yang mencungkil potensi yang ada pada anak saya dan mengajar mereka sehingga menjadi qari dan qariah.

Tidak dapat dinafikan, rasa rindu dan sayang pada TV3 masih ada, perasaan itu akan sentiasa ada dalam hati saya.


Bisnes MLM

Kini saya dan suami sibuk menguruskan perniagaan setelah kami dilantik Pengarah Kanan Wilayah Utara untuk produk Revell Global, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai produk untuk keperluan diri dan kenderaan.

Apa yang kami lakukan kini memberi pulangan dan rezeki kepada keluarga. Paling penting kami dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.

Perniagaan ini berbentuk MLM dan kami memang terpaksa berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif orang ramai. Kami memilih produk ini kerana ia tidak mahal dan mampu dimiliki.

Lebih menarik, kami boleh membuat demonstrasi kepada pelanggan. Biasanya, selepas melihat demonstrasi yang ditunjukkan, mereka akan membeli produk yang kami jual.

Saya dan suami berpindah ke Kuala Kangsar, wanita yang berasal dari Sayong itu memberitahu ‘jiwa kampung’ yang ada dalam dirinya membuatkannya mahu berhijrah ke Bandar Diraja Perak itu.

“Lagipun, jiwa ingin kembali kepada ibu saya juga membuatkan saya nekad untuk pulang ke kampung sebab saya anak bongsu,” katanya sambil ketawa kecil.

Pengalaman bekerja di sebuah stesen televsiyen terkemuka pastinya tidak dapat dilupakan namun Radziah tidak menyesal menukar haluan hidupnya kerana beliau kini selesa dengan kehidupannya di samping suami dan empat orang cahaya mata.


Sumber: http://blog3dalam1.blogspot.com/
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger