Home » » Selangor ''Lamar" pemain import baru..

Selangor ''Lamar" pemain import baru..

Written By Anonymous on Monday 2 December 2013 | 03:51




Musim 2014 mungkin akan menjadi musim terbaik apabila ''Messi Indonesia" di lamar oleh pasukan Selangor untuk bersama-sama skuad tersebut. Andik, 22 telah menandatangi kontrak selama setahun dan dijangka akan menyertai Selangor selepas berakhirnya Sukan SEA di Myanmar, bulan depan.

Mengikut rekod, beliau adalah pemain import ketiga Selangor selepas penyerang Paulo Rangel dan Junior Aparecido yang kedua-duanya berasal dari Brazil.

Upacara menandatangi kontrak telah dibuat secara ringkas di Jakarta pada tengahhari tadi yang disaksikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim dan pengurus peribadi Andik, Muly Munial.

" Walaupun pun beliau (Andik) menerima tawaran dari kelab-kelab dari Jepun, Eropah dan Indonesia, namun akhirnya Andik tetap memilah pasukan Selangor sebagai pilihannya kerana Selangor telah menunjukkan kesungguhan dari mula untuk mendapatkan khidmatnya." ujar Muly.

Bekas pemain Persebaya 1927 ini merupakan pemain import ketiga Selangor dari negara jiran itu selepas Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy sejak permulaan Liga Semi Pro 1989.

Sumber: FaSelangor
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger