Namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi Razali masuk hospital dan membuat keputusan untuk melakukan rawatan dengan segera. “Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius. Ikuti kisah lanjut Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang di mStar.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu Qi Razali masuk hospital untuk mendapatkan rawatan dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci,” katanya yang dihubungi pada petang Jumaat. Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan. Qi Razali bersama Nelydia Senrose setelah Putus Akhirnya Cinta Yuna Dan Qi Razali.
Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik. “Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan dan masih cuba mendalami hati masing masing. “Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain,” ujarnya. Itu tiada kaitan dengan Qi Razali Masuk Hospital.
Sumber: http://www.puteraduyong.com