Di layar perak, Azean irdawaty merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982. Allahyarhamah Azean Irdawaty cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Kisah lanjut Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah. Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Terdahulu talian bantuan Jom Bantu Seniwati Azean Irdawaty Kini Kritikal telah diwujudkan.
Jenazah Allahyarhamah Azean Irdawaty akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat. Industri filem melayu kita telah kehilangan seorang lagi bintang akhirnya. Itulah adat dunia yang hidup pasti akan merasai mati jua. Itulah janji Allah. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Primadona filem Melayu Azean Irdawaty meninggal dunia.
Sumber: http://www.puteraduyong.com