Sekali pandang makhluk ini seperti tidak berbahaya dan sangat comel. Tapi anda haruslah berhati-hati dengan makhluk ini kerana makhluk ini sangat berbahaya. Makhluk ini tinggal di laut dan diberi nama Portuguese Man of War Jellyfish iaitu ia adalah sejenis obor-obor. Makhluk ini banyak ditemui di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Caribbean, dan Laut Sargasso. Biasanya mahkluk ini ditemui terapung di atas atau hampir permukaan air dengan bentuknya yang lutsinar.
Jangan mudah terpedaya dengan rupanya bentuk spesies comel ini. Di sebalik tubuhnya yang lembut dan comel, ia mempunyai sesungut yang boleh membunuh apa saja yang mengancam hidup makhluk belon ini. Ia juga menggunakan sesungutnya untuk menyengat mangsa yang menjadi makanannya.
Sumber: http://dairishare.blogspot.com