Home » » Kejadian Letupan Bom Di Danok, Thailand!!!

Kejadian Letupan Bom Di Danok, Thailand!!!

Written By Anonymous on Sunday 22 December 2013 | 03:57



Sadao (Thailand): Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.




















Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Kepada Rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Sempadan Thailand mahupun masuk ke Thailand di harap menangguhkan dahulu hasrat tersebut. Ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

UPDATE ..

Dua rakyat Malaysia cedera letupan di Danok

Songkhla (Thailand): Seramai 24 orang termasuk dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom berasingan menggunakan alat kawalan jauh di tiga lokasi di Wilayah Songkhla termasuk Pekan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam, Malaysia.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan kedua di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.  Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.  Kira-kira jam 1.45 tengah hari, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan. Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati beberapa motosikal di dalam Balai Polis Sadao mengalami kerosakan teruk, selain bahagian bawah Hotel Oliver juga musnah teruk dengan kereta dan cermin berselerakan di kawasan berdekatan.  Gabenor Wilayah Songkhla Grisada Boonrach ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian letupan berkenaan. Katanya, pihaknya hanya menutup kawasan berkenaan bagi tujuan siasatan sebelum dibuka sejurus siasatan selesai.  "Kami percaya ia dilakukan golongan yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka.
"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menunggu laporan penuh kejadian," katanya



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger