Home » » Iqram Dinzly Sunting Soo Wincci

Iqram Dinzly Sunting Soo Wincci

Written By Anonymous on Saturday 14 December 2013 | 13:03



Petang tadi Soo Wincci telah membuat pelancaran album Bahasa Melayu pertamanya bertajuk Su Win Si.

Menerusi Instagram milik Soo Wincci, dia telah memuatnaik satu video yang mana Iqram Dinzly telah melamarnya. Di dalam video itu, Iqram berlutut memegang bunga dan melamar Soo Wincci.

Ternyata Soo Wincci terkejut dengan adegan itu. Adakah itu gimik, kita tunggu sahaja.

Untuk pengetahuan, Iqram dan Soo Wincci sememangnya rapat dan teman tapi mesra. Mereka juga ada bersama-sama menyambut hari kelahiran Iqram yang ke 32 tahun pada Oktober yang lalu.






Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger