Home » » Cha Cha Maembong lagi cun dari Emma Maembong???

Cha Cha Maembong lagi cun dari Emma Maembong???

Written By Anonymous on Sunday 1 December 2013 | 11:12



Pasti semua maklum Siti Aishah atau lebih dikenali Cha Cha Maembong merupakan adik kepada pelakon baru wanita yang kini sedang meniti namanya dikalangan penonton setia drama-drama picisan Melayu iaitu Emma Maembong.

Cha Cha Maembong Tidak Cemburu

Walaupun Cha Cha dikatakan terlebih dahulu terjebak didalam bidang hiburan ini namun nasibnya tidak sebaik Emma. Gadis yang berusia belasan tahun ini sempat kami temui di Majlis pelancaran drama terbaru terbitan Suhan Movies iaitu SETIA HUJUNG NYAWA.
Jelasnya “Mungkin tuah Emma lebih dahulu berbanding saya didalam bidang ini. Tapi saya rasa bertuah juga apabila Emma kini sudah semakin dikenali menerusi drama-drama yang pernah dilakonkanya walaupun dia masih baru lagi. ”
“Mungkin dah itu rezeki dia, saya pun tidak kisah dan tidak pula timbul perasaan cemburu kepada Emma berkenaan populariti yang diperolehinya pada masa ini. Lagiun dia kakak saya dan saya pun masih muda, banyak benda yang saya masih perlu belajar dan perjalanan dalam bidang ini juga masih jauh lagi. Tak mengapa jika saya masih kurang dikenali pada waktu ini kerana ketika ini adalah proses pembelajaran saya terhadap industri ini”






Sumber: BuahMulut
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Berita Gempak Terkini - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger